Ahad, 23 Ogos 2009

Ramadhan Platfrom untuk Berubah..

2 ramadhan 1430H bersamaan 22 Ogos 2009.seluruh umat islan di dunia yng fana ini menyambut ramadhan bulan penuh dengan keberkatan dari Allah swt.Bulan yang dinanti2kan sebgai bulan yg mmbuka pintu kebaikan seluas2nya kepada setiap insan yang menghargai peluang untuk beribadt kedapa-Nya.

Tdak dinafikan amalan pose yg dilakukan dengan penuh keinsafan dan ketaqwaan sudh tentu menyuburkan jiwa dengan sifat-sifat mahmudah dan menghindarkan segala sifat mazmumah di dalam diri seseorang. Jika ingin berubah perubahan perlu dilakukan pada hari pertama Ramadhan dan jgn sesekali menangguhkannya. Semakin lewat kita akan menjadi semakin malas dan terhindar untuk melakukan kebaikan.Di bulan yng mulia ini ada jgk ramai yang mengambil kesempatan untuk memperbaiki diri dengan melaksanakan segala yang diperintahkan oleh Allah swt dan meninggalkan larangannya.

apa yg pasti,kita perlu memohon agar diberikan petunjuk oleh Allah unutk memperbaiki kelemahan diri kita.Tanamkan istiqamah dlm diri dan sentiasa memohon pada-Nya agar diberikan kekuatan untuk melakukan segala tuntutan agama secara berterusan..Insya ALLAH.

Bulan Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.

Saudara-saudari,

Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi 'petunjuk' kepada kita?
Sabda Rasulullah saw.:
"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam.
Nabi Muhammad saw pernah bersabda:

"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"

Saudara-saudari,

Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri
sendiri.

Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."

Wasalam
frm : http://www.sabah.org.my/solat/artikel/puasa/mukadimmah.htm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan