Sabtu, 1 Ogos 2009

menjelang ramadhan..

hari ni 1 ogos 2009 bersamaan 10 syaaban 1430 hijrah..bila dihitung, lagi 3 minggu semua umat islam seluruh dunia akan menyambut bulan ramadhan al mubarak iaitu bulan dengan penuh keberakatan.Namun kedatangan Ramadhan menjanjikan keistimewaan yang lebih berlipat ganda bagi apa-apa jua amal kebajikan yang dikerjakan dengan niat ikhlas kerana Allah. Ramadhan bulan yang dinanti-nantikan sebagai bulan yang membuka pintu kebaikan seluas2nya kepada setiap insan yang menghargai peluang untuk beribadat kepadaNya..

Selalunya Ramadhan dan Syawal ada nilai sentimental yang tersendiri pada kebanyakan Muslim dan muslimah.pada bulan2 yang mulia ini kita tiba2 jadi 'insaf' dan 'berubah baik'.Sama ada perubahan itu hanya bersifat sementara atau selama2nya.sebenarnya tidk kurang di kalangan kita yang menjadikan bulan yang mulia ini sebagai 'masa yang sesuai' untuk berubah. Ada di antara kita yang seakan-akan menjalani suatu 'perjalanan rohani' yang menakjubkan, yang hanya dia sendiri yang tahu apa nikmat dan maknanya. Kalau orang lain mendengarnya barangkali mereka mengganggap 'perjalanan' tu biase2 jer.hanya orang yang mengalami sendiri yg thu ape makna yang tersirat dan tersurat di sebalik 'perjalanan' itu...ermm fikir2 kan lah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan